Wednesday 17 October 2018

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 2018

as-salam.


Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 20 Jun 2018, menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang bersara wajib pada 22 Mei lepas.


Datuk Dr Mohd Ghazali sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, beliau telah berkhidmat selama 32 dalam perkhidmatan awam setelah dilantik menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan serta pembangunan modal insan menerusi karier perkhidmatannya.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Dr Mohd Ghazali :
1. Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)
2. Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia
3. Pengarah Seksyen Pembangunan Modal Insan Unit Perancang Ekonomi (EPU)
4. Pengarah Eksekutif Network Asia Pacific Schools and Institutes of Public Administration and Governance (NAPSIPAG).

Latar belakang pendidikan, Datuk Dr. Mohd Ghazali berkelulusan :
1. Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya
2. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Nottingham, United Kingdom
3. Doktor Falsafah (Maklumat dan Telekomunikasi Global) dari Waseda University, Jepun.

Pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Datuk Dr Mohd Ghazali akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan mampu meneruskan misi Kementerian Pendidikan dalam melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti dalam membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Sumber Petikan Asal dari Bernama

No comments:

Post a Comment