Thursday 30 May 2019

Mencari Lailatul Qadar

as-salam

Hari ni Khamis 30 Mei 2019. 7 hari lagi Ramadhan akan pergi.  Selamat meneruskan puasa dan ibadat-ibadat lain.  Semoga kita semua berada dalam redha Allah dunia dan akhirat.


Seminggu lagi nak sambut Aidilfitri.  Persiapan raya kena siapkan juga. Anak-anak sekolah dah seminggu bercuti.  Panjang cuti sekolah tahun ni, di Kelantan bermula dari Nuzul Quran pada 22 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Selamat membuat persiapan raya dan selamat bercuti.
 

Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir bulan Ramadhan, Baginda SAW akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar, no. 2024]


I Learned to give NOT BECAUSE I have many BUT because I know exactly how it feels to have nothing
                ....wise man said

No comments:

Post a Comment