Friday 20 March 2020

Hari ke 3 PKP


20 Mac 2020 
Jumaat, Hari ke 3 PKP.   Hari ni solat Jumaat tidak dibenarkan.  Sebenarnya minggu lepas pon saya tak benarkan suami dan anak-anak ke masjid solat Jumaat selepas keluar berita berkenaan Perhimpunan Tabligh di Sri Petaling pada hari Khamis.  Kat kampung ni ramai juga kumpulan tabligh, samada diorang pergi ke tidak tak pasti tapi dalam ramai-ramai tu mesti ada yang pergi kan.  Firasat je.  Tak salah beringatkan.  Jadinya minggu ni minggu ke dua suami dan anak-anak tak pegi solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment