Sunday 4 November 2012

GIGI

Salam.

Penjagaan gigi ni rasenya semua tau penting tapi bila dah sakit rasenya waktu tu juga le nak cabut buang.  Masa kanak2 gigi tersusun comel je, bila dah besau sikit mula lah rongak sana-sini akibat banyak makan benda-benda manis.  Susah betul nak jaga anak2 supaya tak makan gula2, anak2 suka sangat benda2 macam tu.  Pantang nampak musti nak, tak bagi menangis2 menjerit2, kalu tengah orang ramai kan segan plak anak duk melalak.


Bagaimana agaknya nak tangani masalah sebegini ???  Sekarang ni takat boleh ajar anak2 gosok gigi, walau pon dalam bermain, anak2 gosok la jugak.  Nak jadikan aktiviti gosok gigi ni seronok, kami gosok gigi bersama-sama dan saling tunjukkan gigi selepas dah gosok.  Takat ni alhamdulillah anak2 enjoy cuma lately ni cuaca agak sejuk membuatkan anak2 takot nak dekat dengan air terutama waktu pagi.  Liat sungguh nak tukarkan lampin apatah lagi nak mandi sambil gosok gigi.  Sapa tahan kena air di pagi yg sejuk hehehehe ibu pon sejuk !!!!

Sebenarnya bukan anak2 yang sakit gigi tapi ibunya heheheh dah 3/4 hari duk plan nak gi cabut sbb dah mula rasa ngilu tapi tak jadi2 lagi.  Agak2 petang ni sempat kot singgah jab di klinik gigi.  Lepas bersalin ni gigi cam mudah mereput je maybe sbb menyusu dan kurang minum susu untuk tambah balik mineral yang hilang akibat menyusu anak.

Gigi jadi kuat kalu kite amik makanan yang ada mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium dan fluorida. Jadi, kite kena makan banyak makanan berkalsium emmm susu, keju, tauhu, ikan bilis dan makanan bijirin.

Keju !!! emmm leh la gi rembat PizzaHut yg banyak keju tuh tuk jaga gigi hehehehe.
Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

Ada banyak cara lagi nak putihkan gigi tapi rasenya cara ni paling senang kot, cuba lah ya :
Guna Kulit Limau Untuk Putihkan Gigi sebab kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

Kalu korang duk tempat2 sejuk, sekurang-kurangnya di Mesia ni Cameron Highland, boleh le amalkan makan stoberi.  Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi.
(petikan dari Try Masak)

Akhir kata pesanan penaja dan ingatan untuk diri sendiri, berus gigi sekurang-kurangnya 3 KALI SEHARI untuk elakkan masalah-masalah kerosakan gigi.

No comments:

Post a Comment