Thursday 14 February 2013

Guru Muda 1Malaysia Zon Utara

salam.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Utara di SMK Hutan Kampong, Alor Star Kedah, 16 Feb 2013.  Zon Utara terdiri dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong atau nama ringkasnya SMK Hutan Kampong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Hutan Kampong.
sumber dari portal rasmi SMK Hutan Kampong

Ketua Penggerak Utama GM1M Kedah, Cikgu Razeff Shardin Mat Rejab (SMK Yan) memaklumkan  acara-acara menarik seperti sukan dan permainan tradisional yang mana sesetengahnya sudah tidak dimainkan lagi oleh anak-anak muda sekarang.  Permainan yang dimaksudkan ialah permainan tuju tin, timbang bulu ayam, sepak raga bulat dan tendang penalti.

Gerai masakan juga ada dan pastinya mempromosikan kesedapan dan kelainan masakan utara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tiba jam 10.00 pagi dan akan disambut oleh pihak urusetia beserta Ketua Penggerak Utama GM1M dari negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

TPM akan mengunjungi kiosk pameran dan menyaksikan permainan tradisional.  Tan Sri Muhyiddin juga akan mengadakan sesi dialog bersama guru-guru muda di Zon Utara sebelum merasmikan Himpunan GM1M.

Semua guru muda yang hadir hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang akan dibuka jam 7.30 pagi.

maklumat lanjut di http://gm1monline.blogspot.com/ dan http://www.facebook.com/GM1MALAYSIA . Jumlah like di FB sekarang 4966. Selamat mengLIKE guru-guru muda di UTARA sana. Pastikan angka LIKE mencecah ke 7000 ... gud luck.

Catatan 17 Feb 2013
Jumlah LIKE di FB gm1malaysia hari ni 5517 emmm tak banyak peningkatan dari 4966 ke 5517, lebih kurang 551.  berdasarkan laporan dari Buletin GM1Malaysia, penyertaan ramai so kenapa ya jumlah LIKE nya tak banyak ???

May be ada masalah talian semasa program berlangsung so tak ramai yang dapat LIKE FB.



No comments:

Post a Comment