Wednesday, 13 February 2013

Salam Februari 2013

salam.

hari ni dah 13 Feb 2013 (13-02-2013) : satu tarikh yang cantik juga di tahun 2013.  Dalam kehangatan tahun baru cina, masih belum terlambat nak ucap selamat tahun baru kepada keturunan tionghua sama ada di malaysia atau di luar malaysia.

Sedaya upaya cuba menulis blog yang dah lama berabuk !!!  Setiap hari hanya sempat tengok sambil lalu tapi tak sempat nak mengarang.

emmm IsyRaQ Rest House dipenuhi rakyat jelata sepanjang musim perayaan ni.  macam biasa bila tiba musim cuti panjang begini, IsyRaQ Rest House mengalami masalah air.  Kali ni kami cuba atasi dengan menambah satu lagi tangki besar.  Alhamdulillah, semua penghuni IsyRaQ Rest House mendapat cukup bekalan air.  Nampak gayanya kami kena tambah satu lagi tangki besar bagi menghadapi musim kemarau dan cuti sekolah pada bulan Mac nanti.

Kepada semua penghuni IsyRaQ Rest House kami ucapkan terima kasih daun keladi, ada kelapangan sila kunjungi kami lagi.  Kami warga IsyRaQ Rest House amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung.  Kami harap semua pelanggan-pelanggan kami berpuashati dan selesa dengan kemudahan yang ada.  Kami juga memohon maaf atas segala kelemahan yang tidak dapat kami penuhi.

Kami warga IsyRaQ Rest House akan terus menambah baik kemudahan yang ada dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan demi kebaikan pengunjung.

No comments:

Post a Comment