Sunday 14 February 2016

Mandi Kolam di Taman Tengku Anis, Tanjong Chat

as-salam.



berkelah semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina 2016 di  Taman Tengku Anis, Tanjong Chat, Pangkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

Plan last minit untuk berkelah di sana jadi kami bawa makanan yang ringkas dan senang untuk dimakan.  Goreng keropok keping, kueh mueh segera, sosej ayam dan nugget ayam.  Lepas tu goreng ayam yang telah diperap semalaman - lebihan dari hari sebelumnya (perap dengan bawang putih, sos tiram, sos tomato dan garam).   Air sirap.  Packing semua dan ready untuk berkelah.



Lepas solat Zohor bertolak ke Taman Tengku Anis, Tanjong Chat.  Bayar untuk mandi kolam RM3.00/sejam untuk seorang kanak-kanak.  Mak bapak FREE sbb x mandi, boleh masuk jaga anak-anak je.  Makanan tidak dibenarkan di kawasan kolam mandi.

Naik keretapi pusing taman RM2.00 seorang.   Main lain-lain permainan FREE.  Yang paling penting -  anak-anak suka emmm seronok sangat sebab dapat mandi dan bermain di kawasan yang luas dengan pelbagai jenis permainan.

No comments:

Post a Comment