Monday 22 February 2016

RESEPI ROTI NAN CHESE

as-salam.

sedapnya nampak RESEPI ROTI NAN CHESE nih, copy dari FB.

Bahan-bahan yang diperlukan..
-1 kilo tepung gandum
- ½ cawan planta
- ½ cawan gula
- 2½ cawan air
- 1 sb mauripan
- Cheese keping

Cara-cara:-

1. Masukan gula dalam air kacau.
2. Masukan tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati.
3.Tuang air + gula tadi ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat.
Note : pastikan adunan tidak keras.
4. Tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.
5. Bila adunan telah naik tumbuk-tumbuk adunan.
6. Uli bulat2 besar dan masukan cheese ke dalam adunan tersebut, canaikan leper.
7. Biarkan dalam 15 minit.
8. Panaskan kuali, masak dalam kuali pan dengan api perlahan.
9. Tutup kuali dengan penutup dan bila dah masak sapukan dengan majerin.
note : tu yang membuat roti nan berbau wangi dan sedap.
10. Potong dan boleh dihidangkan dengan kari atau sambal bilis atau apa2 yang sesuai


Sumber Asal : FB Kamariah Maria
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Kemaskini pada 23 Feb 2016 :

Balik kerja terus check bahan2, semua ada emmm apa lagi menguli roti nan lah kita.
Memang sedap resepi ni, lembut sangat.  Semalam buat separuh je dari adunan asal iaitu 1/2 kg gandum.  Pastu bakar 2 keping, dah kenyang.  Petang ni boleh bakar roti nan lagi atau boleh try jadikan doh pizzzaaaaaaaaaaaa emmmm mesti sedapkan.


Kemaskini pada 24 Feb 2016 :

Tarrraaaaaa ...... doh roti nan jadi pizza, just tambah sos dan tabur mozzarella cheese.



 

No comments:

Post a Comment