Monday 19 March 2018

Sayur Pedas Bersama Cendawan Shimeji

as-salam.

Hujung minggu, gotong royong anak beranak cuci keliling rumah.  Tengok pucuk ubi kayu gemuks2, petik buat celur cicah budu sedap juga kan. Pucuk ubi keledek pon segar2, sebelahnya pokok bunga Ros Jepun (RJ) tumbuh menghijau.  RJ ni bila tempat redup memang menghijau, kurang berbunga.  Kita petik-petik buat sayur sedap.  Pokok sireh cina juga sedap buat sayur, petik sikit yang tumbuh celah-celah pasu bunga.  Saja simpan pokok sireh cina yang tumboh dalam pasu.  Kadang-kadang petik makan daunnya.  Kami selalu juga petik buat ulam nasi kerabu.



Resepi Sayur Pedas Cendawan Shimeji

2 ulas bawang merah (ketuk2)
1 sk lada hitam (pecahkan dalam mangkuk dan kacau dengan sudu)
1 ekor ikan sardin (rebus/ bakar kejab) - boleh juga guna 2 sb ikan bilis
1 pack cendawan Shimeji
Pelbagai sayur campuran (Pucuk ubi keledek, pucuk ubi kayu, pucuk Ros Jepun)
garam secukup rasa.
1/2 liter air (kalu nak banyak kuah boleh tambah lagi)

1. tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan hingga lumat.
2. masukkan air dan bahan tumbuk.
3.  bila mendidih masukkan sayur dan cendawan.  4. Perasakan dengan garam.
5. Dah masak boleh makan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Yumyum sedap.  eloklah untuk yang menjaga badan.

No comments:

Post a Comment