Friday 24 August 2018

Jaga Anak Perempuan Kita

as-salam.

Suka atau tidak satu masa nanti anak perempuan akan malu pada ayah, berbual bila perlu sahaja dan tak mahu lagi mengadu masalah pada ayah. Mereka lebih selesa mengadu pada mak.

Sebelum masa ini tiba, luang lah seberapa banyak masa yang ada bersamanya, beri lah perhatian kepadanya dan korban lah tenaga apabila diperlukan.

Kerana bila masa ini tiba, Ayah pasti akan menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang ini.

Jasad sahaja tak cukup kalau mata dan hati di tempat lain. Menghadap handphone, menonton televisyen atau sibuk dengan kerja di rumah.

Sudah lah seharian duduk di rumah orang asing pengasuh atau taska, bermain dengan orang asing, makan dengan orang asing dan tidur dengan orang asing.

Malamnya pula ayah sibuk dengan urusan lain. Tidak di tanya anak makan apa hari ini, buat apa hari ni, main apa hari ni, yang ayah tahu hanya marah kerana buat bising masa dengar berita, di tegur kerana makan berterabur dan di tengking kerana mainan bersepah.

Anak perempuan sangat special, mereka sangat perlu akan kasih sayang seorang lelaki bagi memenuhi keperluan emosi mereka.

Ayah beri lah kasih sayang yang anak ini perlukan sebelum mereka menagih kasih sayang dari lelaki lain.

#Luangkan Masa Bersama Anak
▪ Belajar, bermain atau beriadah bersama yang boleh kuatkan bonding ayah & anak.
▪ Cari aktiviti kegemaran bersama supaya anak kita tak cari aktiviti di luar rumah dengan orang lain.

#Ajar Sifat Malu
▪ Pentingnya sifat malu di dalam diri mereka agar malu itu menjaga mereka agar terhindar dari melakukan perkara-perkara yang terlarang.
▪ Supaya mereka tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

#Beri Pujian Pada Anak
▪ Manjakan anak perempuan dengan pujian dari ayah seperti cantik, rajin, kuat, berani dan pandai.
▪ Bila dah biasa dengan pujian dari ayah baru anak perempuan kita tak mudah termakan dengan pujian lelaki lain.

#Beri Hadiah Sebagai Penghargaan
▪ Tunjukkan penghargaan kita bagi setiap pencapaian baik anak di sekolah, di rumah atau di luar rumah.
▪ Berikan hadiah seperti tudung, kasut, baju dan beg sebagai tanda kita bangga dengan dia supaya anak perempuan kita tak berahi bila dapat hadiah dari orang lain.

#Pegang Tangan Anak Masa Berjalan.
▪ Pimpin tangan anak perempuan ketika di shopping mall, pasar malam, melintas jalan atau ke kedai runcit.
▪ Supaya anak perempuan kita tahu kita prihatin pada dia dan boleh melindungi dia barulah mereka tidak mudah termakan janji dari lelaki lain.

#Sentiasa Nasihat Dengan Kata Manis
▪ Nasihat dalam bergurau pada anak perempuan supaya nasihat kita itu di dengari dan di ingati.
▪ Selit kata-kata manis seperti lawa kakak pakai tudung, kakak comel pakai baju kurung, kakak baik nanti Allah sayang.
▪ Penuhi hati anak dengan tarbiah supaya anak kita sentiasa ingat pesanan ayah.

#Jangan Malu Teman Anak Perempuan Ke Tandas
▪ Ketika di tempat awam ada masa ayah yang kena bawa anak ke tandas, jangan risau anak perempuan boleh di bawa ke tandas lelaki asalkan tandas ada bilik air.
▪ Ini masa untuk kita buktikan bahawa kita ada di saat mereka perlukan kita.

.

Manjakan lah anak perempuan kita sementara kita masih boleh.. kerana sampai satu masa mereka akan pergi kepada lelaki lain.

Besar amanah menjaga anak perempuan, besar juga risikonya..

Silap cara didikan boleh memakan diri kita.

Sebaliknya ganjaran mendidik anak perempuan sangat besar..

مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

"Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka"
(HR Al-Bukhari no 1418 dan Muslim no 2629)

Didiklah anak perempuan kita sebagai jambatan kita untuk meraihkan syurga.

Sabar, tawakal dan kasih dalam mendidik supaya anak perempuan kita jadi wanita dewasa yang cerdik beza halal & haram.

Kongsikan jika bermanfaat..😊

#CoretanFhais

No comments:

Post a Comment