Monday 12 August 2019

Roti Jala dan Kepala Biri-biri

as-salam.

Hari raya ke 2 kami buat roti jala makan bersama gulai kerutuk kepala biri-biri. Memang sedap.  Dapat makan dengan otaknya sekali.

resepi roti jala, kami ikut yang mudah-mudah sahaja, janji sedap.

1. 3 cawan gandum
2. 2 cawan susu segar
3. 1 cawan air
4. 1 biji telor ayam
5. 2 sudu makan minyak
6. 1 sudu teh serbuk kunyit (boleh juga letak pewarna), kami lebih suka bau kunyit yang wangi, menambah selera.
7. 1/2 sudu teh garam halus, kalau kurang masin, sila tambah.

cara buat :

1.  masukkan susu dan ke dalam pengisar atau blender
2.  Bersihkan dan pecahkan telor ayam, masukkan ke dalam pengisar.
3.  masukkan bahan 5, 6 dan 7 ke dalam pengisar
4.  masukkan secawan gandum ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
5.  tambahkan gandum sedikit demi sedikit ke dalam pengisar hingga habis dan sebati.

No comments:

Post a Comment