Tuesday 9 June 2020

Last Day PKPB

salam.

Hari ini 9 Jun 2020 merupakan hari terakhir PKPB, bermakna 3 bulan telah berlalu.  Selama 3 bulan Malaysia telah mengharungi pahit getir, suka duka dan pengalaman baru kesan dari Wabak Covind-19.

Esok 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 akan bermula PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.  Sungguh sembolik tarikh yang dipilih --- 31 Ogos 2020 hari kemerdekaan Malaysia.  Joms kita doakan bersama-sama pada tanggal 31 Ogos nanti kita akan merdeka dari Wabak Covind-19.  Kita boleh rayakan Double Celebration dan tentunya tarikh itu akan tercatat dalam sejarah negara kita Malaysia. 

Semalam hanya mecatatkan 7 kes baharu. Terima kasih PM, Terima Kasih Frontliner, Terima kasih Rakyat Malaysia. 

Dengan bermula PKPP bermakna Malaysia telah memberi kebenaran untuk rentas negeri.  Tentunya ramai yang berpusu-pusu balik kampung berjumpa keluarga masing.  Ada juga yang telah merancang untuk melancong setelah Perdana Menteri mengumumkan sektor pelancongan di dalam negeri telah dibuka.  Hotal-hotel di Langkawi dan pulau-pulau telah ditempah.

Selamat balik kampung dan selamat bercuti tetapi jangan lupa SOP yang telah diterapkan selama 3 bulan.  Kami sekeluarga tidak perlu balik kampung sebab kami memang berada di kampung.  Bab melancong pula, kami memilih untuk stay at home.  Kami punya anak kecil dan kami punya ayah yang melepasi umur 70 tahun.  Keselamatan mereka lebih utama daripada keseronokan untuk melancong terutama percutian yang memerlukan merentas negeri.

Insya Allah jika ada rezeki dan umur yang panjang, tahun depan boleh dirancang percutian yang lebih baik dan lebih selamat.  Sekarang kita buat saving dulu, kumpul dana pelancongan.

No comments:

Post a Comment