Monday, 22 February 2016

Suara Bacaan Al-Quran Yang Menusuk Kalbu

As-salam.

Ya Allah, merdunya suara, menusuk ke kabu .... bergetar hati yang mendengar.




Budak Afrika Ini Mengaji Sambil Menitis Air Mata,Suara Dia Merdu, Saya Juga Ikut Sedih,Putarkan Hanya 1.20 menit Saja.Share
Posted by Faizal Aulia on Sunday, 27 December 2015

RESEPI ROTI NAN CHESE

as-salam.

sedapnya nampak RESEPI ROTI NAN CHESE nih, copy dari FB.

Bahan-bahan yang diperlukan..
-1 kilo tepung gandum
- ½ cawan planta
- ½ cawan gula
- 2½ cawan air
- 1 sb mauripan
- Cheese keping

Cara-cara:-

1. Masukan gula dalam air kacau.
2. Masukan tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati.
3.Tuang air + gula tadi ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat.
Note : pastikan adunan tidak keras.
4. Tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.
5. Bila adunan telah naik tumbuk-tumbuk adunan.
6. Uli bulat2 besar dan masukan cheese ke dalam adunan tersebut, canaikan leper.
7. Biarkan dalam 15 minit.
8. Panaskan kuali, masak dalam kuali pan dengan api perlahan.
9. Tutup kuali dengan penutup dan bila dah masak sapukan dengan majerin.
note : tu yang membuat roti nan berbau wangi dan sedap.
10. Potong dan boleh dihidangkan dengan kari atau sambal bilis atau apa2 yang sesuai


Sumber Asal : FB Kamariah Maria
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Kemaskini pada 23 Feb 2016 :

Balik kerja terus check bahan2, semua ada emmm apa lagi menguli roti nan lah kita.
Memang sedap resepi ni, lembut sangat.  Semalam buat separuh je dari adunan asal iaitu 1/2 kg gandum.  Pastu bakar 2 keping, dah kenyang.  Petang ni boleh bakar roti nan lagi atau boleh try jadikan doh pizzzaaaaaaaaaaaa emmmm mesti sedapkan.


Kemaskini pada 24 Feb 2016 :

Tarrraaaaaa ...... doh roti nan jadi pizza, just tambah sos dan tabur mozzarella cheese.



 

Sunday, 14 February 2016

MAKARONI TUNA BAKAR

as-salam.


nak cuba resepi ni lah petang ni macam sedap je..... emmm tapi semua bahan2 xde lagi :(


Denaihati Network
MAKARONI TUNA BAKAR

Bahan-bahannya :
● 250 gm makaroni
● 5 biji telur gred A
● 1 tin kecil tuna
● 2 biji bawang besar, potong dadu
● 2 ulas bawang putih, potong kecil
● 3 sudu minyak, untuk memasak
● Garam dan serbuk perasa
● Sedikit lada sulah


Untuk bahagian topping [atas]
● Sos cili
● Tomato puri
● Mayonis dan keju
● Keju cheddar yang diparut ( mozarella )

Cara-caranya:
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.


Selamat mencuba.... smile emoticon Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
‪#‎resepi‬

CARA KEMPIS PERUT

as-salam.

Petua-petua melayu added 2 new photos.
CARA KEMPIS PERUT SELEPAS BERSALIN CZER

homemade
bahan2 :

halia 3cm
halba 3sudu
lada hitam 15biji
bawang putih 3 ulas

cara buat : tumbuk halba smpai hancur
dah hancur masuk kan halia , bawang putih.. tumbuk lg
akhir skali masuk lada hitam .. tumbuk semua..
dah lumat.. gentel bulat2 , pas gentel . kering kan . simpan dlm bekas .
tak rasa apa pun bila makan . telan je .
pastu tggu lah perut mcm bergegar .
heheh asyik kentut n sendawa
( kalau taknak tumbuk , blend je semua )
untuk 1 adunan ni boleh tahan 2minggu

cara makan :::

makan 2biji -4biji setiap hari ikut ketahanan badan
sesuai sgt utk bersalin cser sbb sbb angin byk dlm badan
fungsi utk kempis perut , buang angin
ibu nyusu blh amal kan kalau anak tahan
ibu mengandung tidak di benarkan

INFO : resipi ini lelaki dan perempuan tak mengandung , atau bersalin normal pun blh amal kan . bahan smula jadi tanpa perapat. sesiapa yg byk angin TERBAIK untuk amalkan selalu
tetapi kalau anda bersalin CZER sgt sgt sgt di galakan utk buat resipi sbb bersalin czer selalu nya tak bertungku di bahagian perut dan angin byk berbanding bersalin normal

PETUA MINUMAN SELEPAS PERIOD

Mandi Kolam di Taman Tengku Anis, Tanjong Chat

as-salam.



berkelah semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina 2016 di  Taman Tengku Anis, Tanjong Chat, Pangkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.

Plan last minit untuk berkelah di sana jadi kami bawa makanan yang ringkas dan senang untuk dimakan.  Goreng keropok keping, kueh mueh segera, sosej ayam dan nugget ayam.  Lepas tu goreng ayam yang telah diperap semalaman - lebihan dari hari sebelumnya (perap dengan bawang putih, sos tiram, sos tomato dan garam).   Air sirap.  Packing semua dan ready untuk berkelah.



Lepas solat Zohor bertolak ke Taman Tengku Anis, Tanjong Chat.  Bayar untuk mandi kolam RM3.00/sejam untuk seorang kanak-kanak.  Mak bapak FREE sbb x mandi, boleh masuk jaga anak-anak je.  Makanan tidak dibenarkan di kawasan kolam mandi.

Naik keretapi pusing taman RM2.00 seorang.   Main lain-lain permainan FREE.  Yang paling penting -  anak-anak suka emmm seronok sangat sebab dapat mandi dan bermain di kawasan yang luas dengan pelbagai jenis permainan.

Wednesday, 27 January 2016

RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

as-salam.

Fauziah Hussain‎ to Resepi Ringkas Tapi Sedap
RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM

Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam size kecil
● *1/2 labu bawang putih - parut
● *2 inci halia - parut
● 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
● 2 sudu besar kicap manis/pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● garam sedikit
● minyak zaitun


Cara-caranya :


1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.


2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik

as-salam.

Aezach AR added 13 new photos to the album: Resepi Daging Bakar & Air Asam Kerisik — with Suhaimie MN.
Resepi daging bakar di adaptasi ketika saya bekerja di salah sebuah resort lima bintang di langkawi pada tahun 2000
.
Daging bakar yang perap menggunakan rempah yang di kisar bersama bawang,halia, kunyit dll
.
Air asam yang mengunakan kerisik dan limau kasturi antara bahan yang di gunakan di dalam air asam kerisik ini
.
Daging potongan sirloin atau rib eye di gunakan di dalam resepi ini.

Resepi juga di sertakan di gambar bersama sama tips.. Selamat mencuba ✏
Resepi Daging Bakar
1kg Daging Batang Pinang
- saya menggunakan sirloin yang di potong setebal 1 inchi
Bahan Kisar - perapan
2biji Bawang Besar
5biji Bawang Rose
5ulas Bawang Putih
3batang Serai
1inchi Halia
1inchi Kunyit Hidup
1/4 cawan minyak masak
1/4 air
2sudu makan serbuk ketumbar
1sudu makan serbuk jintan manis
Cara Cara
1. Blender halus bahan kisar bersama minyak dan air
2. Tuang bahan yang di blender bersama daging yang sudah di toskan air terlebih dahulu
3. Gaul bersama serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar
4. Garam & Gula
6. Perap selama 1 jam
Membakar menggunakan arang
1. Jika menggunakan arang, pastikan arang berbara dan ratakan
2. Letak daging di atas pemanggang dan biarkan pada permukaan arang yang panas pada 5 minit - ini bertujuan untul "seal" daging supaya jus masih lagi kekal selepas masak.
3. Alihkan permukaan daging dan "seal" kembali pada permukaan seterusnya
5. Alihkan bara pada kepanasan yang kec dan biarkan daging di bakar dengan perlahan
Jika menggunakan Oven
1. Panaskan pan dengan minyak sedikit
2. Seal permukaan daging dengan pan yang panas selama 3 minit untuk setiap permukaan
3. Letakan atas dulang pembakar
4. Tutup dulang pembakar dengan aluminum foil
5. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 45 minit atau masak.
Air Asam Kerisik
Bahan untuk di Kisar
5biji Cili Merah Kulai
10biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
2biji Tomato
1inchi Belacan Bakar - saya gunakan belacan ‪#‎makcujah‬
1 cawan air asam jawa pekat
Bahan untuk di potong
3biji Cili Merah Kulai
5biji Cili Api siam
5biji Cili Api kampung
2biji Bawang Besar
3biji Bawang merah rose
3biji Tomato
3sudu makan kerisik
4biji Limau kasturi - ambil air
Cara Cara
1. Kisar bahan bahan - jangan terlalu halus
2. Tuang ke dalam bekas yang mempunyai bahan bahan yang di potong
3. Masukan kerisik, air limau, garam dan gula