Thursday 30 August 2012

Logo Sukan Olimpik 2016

Baru je tamat Sukan Olimpik 2012 sebelum aidilfitri yg lalu. Malaysia dapat 1 perak dan 1 gangsa, tahniah kpd D Lee CW dan Pandelela. emmm suka sangat tengok senyuman kebanggaan di muka Pandelela dan sayu rasa tgk kesedihan yang terpancar dimuka D Lee CW (kami semua tahu awak dah buat yang terbaik).

teruskan semangat juang
Sekarang negara kite sudah mula program2 untuk olimpik 2016, dan nun jauh di Brazil, depa lagi bersemangat sebagai tuan rumah.  Jomsss kite tgk persediaan depa.
Rio 2016™ Olympic Games emblem and Rio 2016™ Paralympic Games emblem

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa - The International Olympic Committee (IOC) telah war-warkan logo Sukan Olimpik 2016 yang akan datang di Rio de Janiero, petanda bermulanya persediaan Brazil sebagai tuan rumah.

Logo telah di reka oleh syarikat dari Rio iaitu Tatil (daripada 150 agensi), sumber dari a Sports World report.

Logo ini mengambarkan 4 tonggak utama Olimpik : tenaga berterusan (contagious energy) ; Keghairahan dan perubahan (passion and transformation); Semangan Olimpik (Olympic spirit); dan bersemangat semulajadi (exuberant nature)

Satu Logo yang sangat inovatif dan kreatif kata IOC president Jacques Rogge.




No comments:

Post a Comment