Wednesday, 24 July 2013

Deco-deco Ruang Kecil

salam.

Ni masuk bab berangan lagi ... hehehe berkenan sesangat dengan design ruang tepi / luar rumah yang kecil tapi kiut miut .... menyerlahkan suasana elegent.

Suka dengan style pintu 2 atau berkembar, bila time orang ramai boleh buka luas-luas.  Ada cermin yang besar memudahkan untuk mengendap orang kat luar rumah heheheh.

Laluan jalan kaki yang kecil dibuat dari batu-batu biasa saja, boleh do it yourseft.  Sistem tanaman bunga kat tepi-tepi menambah suasana sejuk nyaman, boleh tukar dengan sayur-sayuran ... jimat belanja dapur kan !!!



Yang ni plak, suka rekabentuk lantai yang pelbagai dan menpunyai fungsi atau kesesuaian penggunaan yang berbeza.  Sangat kreatif, juga tidak menggunakan bahan-bahan yang mahal emm still boleh disesuaikan dengan budget yang tak berapa nak menimbun ;-) .




Ruang belakang dapur ni nampak santai kan ... boleh lepak-lepak dengan anak-anak sambil minum petang.  Lupa nak save gambar sebelum renovate.  Memang jauh sangat beza sebab asalnya hanya tempat buangan barang-barang lama macam washing machine buruk dsbnya. 


Hanya susunan batu-bata yang sangat simple tapi membuahkan hasil yang sangat menyenangkan dengan tanaman yang menghijau.



Idea yang sangat hebat bagi tempat simpan barang keperluan bertukang dan berkebun yang kecil ..... terasa nak balik buat ari ni juga hehehehe sabar je ... tunggu lepas Aidilfitri !!!



Pintu pagar yang ringkas dengan ruang pejalan kaki yang dibuat dari batu jongkong biasa.

Must request thisss ... alll of it dengan MR. Hubby !!!  emmm berangan aje !!!



No comments:

Post a Comment