Tuesday, 9 July 2013

Serangan Cirit Birit

salam.

Pada 2 Julai 2013, bawa anak ke emergency room Hospital Lati sebab dah masuk hari ke 4 cirit birit dan muntah.  Lepas daftar dan tunggu around 20-30 minit, kami dipanggil masuk dan mendapat rawatan.  Kena masukkan air sebab badan dah kering !!!  Meraung si kecik tu bila kena cucuk jarum.  Nak buat camne, tahan je la sambil pujuk dia supaya berenti nangis.

Then doc cakap "Kena masuk wad ni, tengok dulu sampai esok camana." ... Aku hanya mampu angguk kecil .....

Gambar : tangan kena balut supaya jarum untuk masukkan air tidak tercabut.  Stress betul bila terasa macam kena ikat kan !!! asik meraung dan merengek je ... adeeeiii

sabar-sabar.  Makan langsung tak nak.  Minum pon sikit je ... Sib baik dia masih nak susu ibu, alhamdulillah.





Gambar : Second day tangan mula bengkak, so pihak hosp cabut jarum dari tangan.  Bila dah tak de jarum kat tangan, bukan main happy n aktif lagi dia !!! Terasa bebas kot ....


Makan minum masih tak lalu.




Gambar : Disebabkan masih lagi cirit-birit walaupon dah berkurangan, jadi terpaksa pasang balik jarum kat kaki untuk masukkan ubat.  Meraung n menangis balik pada petang hari ke dua.



Pada malam kedua, mula ada bintik2 kat tangan yang bengkak.  Alegik plaster la plak emmm same case ngan aku masa kena warded dulu.

Minta ubat/krim dengan pihak Hospital, tak de plak.  Kena tunggu farmasi hospital buka pagi esok.

Sib baik la aku pernah lalui masalah cenggini, so ambil jalan alternatif bagi rawatan untuk sementara waktu.  Kalu tak cepat sure gatal merenyam tangan tu.

Aku ambil air suam n lap kan tangan dia berulang kali.  Alhamdulillah kesan gatal2 hilang.  Bengkak juga beransur surut.


Inilah gayanya pada hari ke 3.  Pepagi dah minta makanan, lepas dah kenyang terus terlena.  Cam berehat kat tepian pantai plak dia emmm siap silang kaki tangan !!!!

Alhamdulillah, anak boleh keluar tengah hari tu (4 Mei 2013) setelah 3 hari 2 malam menginap di wad 5 iaitu wad kanak-kanak Hospital Lati Pasir Mas.








No comments:

Post a Comment