Thursday 22 August 2013

Agar-agar Laksam (Kering)

salam.

Tengok je gambar tu sure korang tertanya apa kebendanya kan?  Itu lah agar-agar laksam yang dalam proses pengeringan.  Rasanya memang sedap, rangup diluar lembut di dalam.  Akak menulis pon meleleh ayaq liur.

"Master Chef" yang buat agar-agar ni mertua adik akak, akak ni tumpang makan je.  Hanya orang yang teror dan penyabar je boleh buat agar-agar kering laksam ni.

Rasenya kalu nak belajar buat cenggini, elok pegi kursus dulu nga "Master Chef".




"Master Chef" bagi sebagai buah tangan semasa kami pegi beraya pada hari raya ke dua.  Satu lagi buah tangan special dari beliau ialah pulut panggang berintikan serunding ... perhhh memang sedap sangat.  Terima kasih banyak-banyak, lain kali sila bagi lagi hahahaha muka tak malu betul lah.

Agar-agar ni dipotong kecil-kecil sebelum dihidangkan.  Disebabkan kami mendapat stok yang banyak, so kami masukkan dalam puding coktail berkuah bersama sumi.  Memang sedap.  Cuba korang letak agar-agar kering dalam puding coktail kalu nak tau camne rasanya.

No comments:

Post a Comment