Thursday, 22 August 2013

Salam Raya

salam.

Hari ni dah 22 Ogos eeemmm lama benar tak menulis.  Beraya sakan.  Bukan beraya sakan tapi tak berapa rajin.  Sebelum terlupa diUCAPkan selamat hari raya aidilfitri MAAF ZAHIR dan BATIN.  Mohon halalkan ilmu dan resepi serta pengalaman tuan/puan yang dikongsikan semula kat blog nih.

Tak banyak perkara original dari saya yang dipaparkan kat sini, Rasanya 85% adalah perkongsian dari rakan2 FB, Blog dan sumber-sumber internet atau hardcopy yang lain.  Blog ini lebih kepada rujukan dan peringatan untuk diri saya sendiri selain dari tujuan asalnya mempromosikan 
IsyRaqRestHouse.

Alhamdulillah rezeki perusahaan IsyRaqRestHouse bertambah sepanjang cuti sempena Aidilfitri.  Terima kasih kepada semua penghuni IsyRaqRestHouse.  Jika ada kekurangan mohon maaf dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Antara perancangan yang masih tertangguh adalah menaik taraf ruang tepi dan belakang IsyRaqRestHouse.  Insya Allah akan diusahakan dalam sebulan dua lagi.  (Skang nih akak masih verangan ada laman rumah yang cun dan menenangkan).

Menarikkan ada meja santai kat sudut or bucu rumah, batu-batu tu menimbulkan rasa sejuk.

Gambar bawah tu ada plak shower luar rumah, lepas anak2 main waktu petang or pagi leh terus mandi-mandi kat situ.  Budak-budak tak dapat kolam pon tak pe janji ada air, mengopak-gopak macam itik la jadinya.

Ruang laman paling atas tu akak suka deco tang lantainya, kreatif kan.  Kalu korang berkenan sila salin  ;-) a.k.a tiru.

Akak akan berkursus pada 26-29 Ogos, then akan terus bercuti sehingga 1 Sept.  Kalu ada kesempatan nanti boleh le upload cerita kursus dan percutian.

Kisah beraya masih belum sempat upload lagi dah berjanji nak upload kisah percutian plak.  Jangan janji tinggal janji sudah laaaa.

wasssalammmmm.

No comments:

Post a Comment