Tuesday, 26 November 2013

Shepherd's Pie

salam.

sharekan resepi Shepherd's Pie dari blog Intai Dapur.

Jika guna selain dari daging kambing atau biri-biri akan jadi Cottage Pie.  Mengikut tradisi omputeh, makanan jenis ini dibuat dari lebihan makanan lain. Dicampur pelbagai bahan yang ada untuk diolah menjadikan pie yang sedap.

Bahan A (Untuk Inti):-

originally an English dish
  1. 500 gram daging kisar (mengikut tradisi english - daging biri-biri atau kambing)
  2. 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  3. 1 ulas bawang putih (dicincang)
  4. 1 cawan kacang panggang (akak xda stok)
  5. 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  6. 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  7. 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  8. 1 pokok daun parsli (dicincang) - akak x letak pun
  9. 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  10. 1 sudu makan serbuk lada hitam - akak letak 1/2 sudu makan biji lada hitam yg dikisar
  11. 1 kiub stok daging
  12. 2 sudu makan minyak masak (akak guna minyak zaitun)
  13. Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula.

mini pie

Bahan B (Untuk Pai):-

  1. 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  2. 1/2 cawan susu segar
  3. 2 sudu makan mentega
  4. 1 sudu teh serbuk lada sulah
  5. garam secukup rasa
  6. Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-

  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....
Argentinian Shepherd’s Pie Pastries

Resepi lain Shepherd's Pie dari kraftrecipes dan juga simplyrecipes.

Bila mengeledah dalam internet terlalu banyak resepi Shepherd's Pie nih.

Resepi Argentina Shepherd Pie dari themadgastronomist.

No comments:

Post a Comment