Thursday 19 December 2013

Kurniaan Allah

salam.

Rentetan dari kehilangan purse dua hari lepas, jam tiga petang semalam kami terima panggilan telefon meminta kami mengenalpasti satu purse yang dijumpai dalam tong sampah di blok yang sama tempat kehilngan dilaporkan.

Sebaik kami membuka pintu bilik kawalan ternampak purse bewarna merah di dalam bag plastik bewarna hitam.  Kami kenal sangat dengan purse tu.  Setelah dibuka dan memeriksa barangan di dalam nya memang sah purse yang hilang.

Alhamdulillah semua dokumen penting seperti lesen kenderaan, myKid anak-anak dan kad bank masih ada di dalam purse tersebut.  Semua wang kertas lesap, yang tinggal hanya duit syiling.  Resit teksi airpot masa pegi Putrajaya Khamis lepas pon ada ~ emmm kena buat claim cepat nih, takot hilang lagi !!!
Syukur Alhamdulillah Ya Allah Yang Maha Pengasih.  Kami redha dengan ujian ini,  terima kasih Ya Allah kerana mengingatkan kami yang alpa.

Pagi ni, jam 9.30 pagi kami sekali lagi menapak ke Maybank untuk membuat kad bank yang baru.  Walaupon kad telah ditemui semula kad tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana telah diBLOK.  Selagi lagi harapan tinggal harapan bila kaunter memperbaharui kad tidak dibuka kerana masalah teknikal.  Insya Allah bila ada kelapangan akan diusahakan lagi, mungkin juga terpaksa ke cawangan yang lain.

Sekali lagi  Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah  Ya Allah segala puji hanya pada Mu pencipta seluruh alam.


** berbillion-billion terima kasih juga kepada semua kenalan yang bersusah payah membantu mencari purse yang hilang dan bagi suport.

No comments:

Post a Comment