Wednesday 4 September 2019

Pantai Sabak aka Nami

as-salam.

Pada 30 Ogos yang lalu kami jalan-jalan ke Pantai Sabak yang juga dikenali dengan Pantai Nami.

Pantai ini terkenal dengan jaluran pokok-pokok rhu yang ditanam secara selari.




Ada yang datang berkelah bersama keluarga, ada juga yang datang seperti kami sekadar jalan-jalan ambil angin pantai.

Di pantai ini juga ada satu tasik kecil, cantik.  Memukau sesiapa yang melaluinya.


Di muara sungai ada sebuah rumah api.  Kami berjalan menyusuri batu-batan yang besar untuk sampai ke rumah api.  Batu-batan ini disusun memanjang bagi menahan hakisan di tebing pantai.

Agak jauh juga kami berjalan untuk sampai ke rumah api.  Suana petang menghampiri waktu matahari terbenam memang satu anugerah Allah yang sangat cantik.


Garis langit yang cerah dan berbalam-balam melahirkan fenomena alam yang menakjubkan.


No comments:

Post a Comment