Wednesday 11 September 2019

Bubur Asyura Kelate

as-salam.


Bubur Asyura Kelantan memang sedap, masak dalam kawah yang besar.  Biasa bubur asyura dimasak awal pagi iaitu sesudah subuh.  Yang paling penting, jerang/panaskan air hingga menggelegak selepas itu baharulah beras yang telah bersih dimasukkan.  Masa ni perlu dikacau sentiasa supaya tidak berkerak di bawah tetapi adunan atau beras masih ringan.  Tunggulah sampai beras tu dah hancur, nak tau berat atau ringan mengacau bubur asyura kelate.




Banyak bahan yang dimasukkan seperti kacang hijau, jagung, daging atau ayam (biasanya daging ~ lagi sedap) ... rempah ratus benda wajib lah.

Bab bahan-bahan ni jangan susah nak menghafal, pegi je pasar mana-mana kat kelantan ni samada Pasar Tasik Raja di Pasir Mas atau Pasar Khadijah di Kota Bharu atau mana-mana pasar yang berdekatan dengan tuan-puan, bagitau je nak rempah bubur asyura sekawah, penjual bagi siap satu set .... hulur je duit.  Selesai.

Bab memasak memang lama dari 6.30-7.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.  .... baru boleh merasa bubur asyura.


No comments:

Post a Comment