Thursday 12 September 2019

Pantai Merdeka

as-salam

Tempat tuju kami yang seterunya adalah Pantai Merdeka.  Kami menaiki bot dari Jeti Tanjong Dawai dengan harga RM3 seorang ke Pantai Merdeka.  Sekejab je dah sampai ke Pantai Merdeka.  Hati-hati ya sebab ke turun dalam air.  Semasa di jeti tadi kami turun tangga, bila sampai sini ke harung air sikit sebab air sedang surut.


Inilah Pantai Merdeka.  Hari minggu dan hari cuti umum jadi ramai orang datang berkunjung.  Beriadah bersama keluarga.  Pelbagai tarikan yang ada di sini selain mandi-manda.



Kami singgah melihat penjual ubat dengan pertunjukan ularnya.  Kami jengok sekejab je sebab geli tengok ular.

Kedai makan dengan pelbagai juadah seperti laksa pinang, masakan panas, air kelapa fuh tak terkira.












Gerai-gerai jualan seperti pakaian dan berbagai keperluan lain.  Ada juga bermacam jenis motorsikal yang boleh disewa dan dibawa pusing-pusing bersama keluarga atau secara berseorangan.








Pelampung untuk disewa dalam pelbagai saiz. Seronok la anak-anak kalau dapat mandi-manda dengan pelampung tayar yang besar tu.  Kami pun teringin ......

Homemade ICE CREAM ... seringgit je. SEDAP weh.












Masa dah lewat petang, tak abis pusing pun.  Kami jenguk-jenguk ke arah bot.  Lupa pula nak tanya bila last boat.  Cepat-cepat patah balik ke tempat bot.


Nasib baik sempat, depa tengah panggil LAST BOAT .. LAST BOAT .... jadi apa lagi, terus naik bot balik ke Jeti Tanjong Dawai.


No comments:

Post a Comment