Thursday 7 May 2015

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 hingga 2015 di bawah Strategi 3 iaitu ‘Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai Disiplin Ilmu’. 

ATABM merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan.

Maklumat lanjut mengenai permohonan ATABM 2015 boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov/my/v/atabm

Semua permohonan perlu dihantar sebelum 5.00 petang pada 30 Jun 2015 (Selasa). Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

Permohonan daripada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Institusi Pendidikan Guru, Institusi Aminuddin Baki, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional amatlah dialu-alukan untuk menyertai anugerah ini.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Urus Setia ATABM

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya
( 03-8870 5096/5083/5118/5110 | 6 03-8870 6809/6810 | * atbm@moe.gov.my



No comments:

Post a Comment