Thursday 7 May 2015

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M44 DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN), SEKTOR PELAJARAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, terdapat 16 kekosongan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 di Jabatan Pendidikan Negeri, Sektor Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan penyandang sedia ada ditawarkan kenaikan pangkat, menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), peletakan jawatan dan sebagainya sepertimana kekosongan berikut:
  
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) :

Perlis - 3
Kelantan - 3
Pahang - 3
Terengganu - 2
Selangor - 2
Perak - 1
WP Kuala Lumpur - 1
Negeri Sembilan - 1

Jumlah = 16 kekosongan.
3. Bagi mengisi kekosongan tersebut, Pengurusan Tertinggi Kementerian telah memutuskan supaya pegawai-pegawai yang berada di Gred M44 (Hakiki/Memangku) yang bertugas di Jabatan/Agensi/Bahagian, Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan Tinggi, KPM ditempatkan untuk berkhidmat di JPN sementara menunggu bekalan PTD Gred M41/M44 diterima secara berperingkat daripada pihak JPA. Hal ini kerana terdapat keperluan mendesak dan kritikal di JPN yang memerlukan pengisian dilaksanakan segera bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan tugas di JPN dapat diteruskan dengan lancar dan berkesan.

4. Sehubungan itu, pegawai-pegawai di Gred M44 (Hakiki/Memangku) di Jabatan/Agensi/Bahagian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan yang berminat untuk berkhidmat di negeri-negeri tersebut adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan seperti di Lampiran A. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan, urusan pengisian kekosongan ini akan dilaksanakan dengan pengganti dikemukakan kemudian setelah bekalan PTD Gred M41/M44 diterima daripada JPA.

5. Permohonan lengkap perlulah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Sektor Pelajaran KPM sebelum atau pada 15 Mei 2015 melalui Ketua Jabatan masing-masing ke alamat seperti berikut:


Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Encik Mohd Nazri bin Dollah)

6. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Sektor Pelajaran, KPM seperti berikut:

i. Encik Azizul bin Mustafa 03-8884 7751
azizul.mustafa@moe.gov.my

ii. Encik Mohd Zamri bin Ishak 03-8884 7846
mzamri.ishak@moe.gov.my

iii. Puan Siti Aminah binti Amin 03-8884 7758
aminah.amin@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM
Aras 1-5 & 12-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No comments:

Post a Comment