Monday 4 May 2015

Joms Buat AisKrim

Pukul Sampai Kembang dan Likat
As-salam.

RESEPI AIS KRIM NEAPOLITAN

SUMBER RESEPI : teratakjernih

Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis

2 tin air masak (sukat pakai tin susu)

1 sb ovalet

1 penutup esen vanilla

2 sb tepung jagung

2 sudu besar serbuk koko

pewarna merah jambu

sedikit perisa strawberry


1. Masukkan susu pekat manis dan air masak kedalam periuk

Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)

Kacau atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi saya kacau hingga mendidih sikit)

2. Biarkan sejuk,(saya masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK, bukan BEKU ye.) setelah sejuk, Angkat adunan tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet esen vanila. kalau tuang dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/ naik selepas dipukul.

3. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan ringan,

Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek , sedikit likat.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh warna apa)

Saya bahagi kepada 3 adunan

- 1 adunan asal - vanila

- 1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour - 1 penutup perisa strawberry & 1 penutup warna pink

- 1 lagi bubuh serbuk koko / perisa coklat - 1 penutup perisa coklat & 1 penutup pewarna coklat

5. Lepas tu boleh la dicorakkan macam aiskrim marble tu, tuang secara berselang seli sehingga habis.

Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais. simpan seelok-eloknya semalaman. (saya tak tuang secara berselang-seli, saya tuang satu persatu warna vanila, coklat dan strawberry.)

Bila dah beku/keras, boleh la dinikmati


rujukan lain : sue-hasue

No comments:

Post a Comment