Friday 15 March 2019

Pray For New Zealand

Assalamualaikum.

Petang Jumaat yang mulia berlaku kejadian yang mengejutkan seluruh dunia.

Kejadian pembunuhan di dalam masjid di New Zealand.
Bersama ini ada perkongsian dari sahabat di wsap;

----------------------------------------------------------

Hikmah di sebalik kejadian ini:

Allah swt telah memilih 40 orang saudara seagama gugur sebagai syuhada, yang mana untuk membolehkan seseorang itu mati sebagai As Syahid adalah ketentuan Allah swt, antara kelebihan orang mati syahid adalah mereka akan hidup di sisi Allah swt.

Firman Allah swt:

وليعلم الله الذين آمنوا منكم ويتخذ منكم شهداء

Dan supaya Allah swt mengetahui (membezakan) siapakah orang beriman dikalangan kamu, dan memilih sebahagian dikalangan kalian sebagai syuhada’.

Kerana tingginya martabat Para syuhada’ maka Saidina Umar ra pernah berdoa: Ya Allah rezekikan aku mati syahid di jalanMu, dan jadikan kematianku di bumi kekasihMu (Madinah).

Matinya mereka di tempat yang terindah, di bulan dan di hari terindah, iaitu dalam masjid, selepas solat Jumaat, di hari Jumaat dan di bulan Rejab.

Semoga Allah mengampuni dan menerima roh mereka.

Orang yang tidak beriman percaya dengan membunuh umat Islam akan menyebabkan nur Islam akan terpadam di muka bumi ini, namun yakinlah selepas kejadian ini sinar Islam pasti akan semakin terang dan tersebar di New Zealand.

Lepas ni umat Islam perlu mempertingkatkan usaha dakwah yakni dengan mengirimkan sebanyak mungkin rombongan dakwah ke New Zealand.

Insyaallah...!!!

No comments:

Post a Comment