Thursday 7 March 2019

MALAM MUSTAJAB DOA

as-salam.


MALAM MUSTAJAB DOA!
.
In Sya Allah, 1 Rejab 1440H akan jatuh pada hari Jumaat, 8 Mac 2019. Dalam kalendar Islam, masuknya waktu Maghrib pada Khamis, 7 Mac maka bermulalah 1 Rajab. Kata Imam Asy-Syafi’i, malam pertama bulan Rajab adalah salah satu malam yang dimakbulkan doa.







Bulan Rajab in sya Allah tiba malam esok, akan menyusul Sya'ban dan Ramadhan pula. Para Sahabat dan Salaf As-Soleh dahulu telah melakukan persiapan untuk bertemu Ramadhan beberapa bulan sebelumnya lagi. Kita pula bagaimana? Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?

Perbanyakkanlah berdoa pada malam esok. Doalah apa sahaja. Antara doa yang dianjurkan untuk dilazimi apabila masuk bulan Rajab sehingga Ramadhan ialah:
.
‎اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ
.
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”


Yukk doa...🤲🏻

No comments:

Post a Comment