Thursday 6 September 2012

Labu Manis

Salam semua.

entry kali ni nak stori skit pasal labu manis. Emmm gara2 dapat labu manis free fresh dari ladang, jiran kami yg bagi. cantik labunya. kecil comel jerk, tuk kami yg tak ramai ni, sebijik tu cukup le tuk skali makan.  Bukan main bersemangat nak masak labu.  So balik je dari keje, sampai rumah, apa lagi trus potong labu n buang kulitnye, nak buat Sira Labu, feveret la katakan.  Resepinya leh tgk kat MyRESEPI.COM.  Senang je.




Kat sini ditempekkan gambar buah labu pemberian jiran yg belum dipotong n sesudah dipotong.  Nise (manisan dari nira kelapa) atau gula melaka adalah rencah wajib.

Labu kite bersihkan dan buang kulitnya. kemudian rendam dengan air kapur sekejab. dah tu bersihkan dengan air toskan, masuk periuk. masukkan nise, gula, garam, daun pandan dan jgn lupa labunya.  Buka api, n tunggu sampai empuk.  Kapur tu gunanya nak bagi labu yg dah dibuang kulit tu BERKULIT, cantik berkilat bila ada gula dan warna perang nise. Pandan nak bagi bau wangi.  Dah masak tu apa lg, sejukkan dan hidangkan. bulih makan begitu saja atau dengan nasi atau gak dibuat pencuci mulut.


Dulu2 sira labu ni antara menu wajib time kenduri kawen, tapi sekarang ni dah payah nak jupe. Mmg sedap, rasenya lemak manis n gebu2 buah labu.  Dah di snap2 semua gambo labu, bila dh masak makan, dah abis baru sedar, sira labu lupa nak snap gambo nyer  hehehehe sori la korang, SEDAP SANGAT Lah tuuuuuu kalu dh lupo nk snap gambo tuk tatapan korang.

Kalu korang nak buat sendiri tu, sila rujuk gambar n resepi kat bawah ya !!

http://www.myresipi.com/top/detail/4549

Resepi Sira Labu (FZMenu.Blogspot)
  • Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
  • Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
  • Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
  • Masak biar agak likat baru dimasukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
  • Masak lah sampai air sira pekat(berbuih-buih)
  • Dah siap.....

*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)


No comments:

Post a Comment