salam.
Lewat petang 31 Ogos kami sampai di Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan hujan on/off, jalan licin dan kereta banyak ... semua tu menjadi penyebab kelewatan kami tiba di Tanah Rata.
Semasa mendaki ke atas, kesesakan teruk menyebabkan enjin kereta panas. Kami terpaksa berhenti dan berehat di tepi jalan (Alhamdulillah ada gerai kat situ). Masa tu jam dah mencecah ke pukul 8.30 malam, 8KM lagi untuk sampai ke Tanah Rata. Setelah meneliti, mengkaji dan berbincang kami mengambil keputusan berpatah balik ke Kg. Raja dan bermalam di situ.
Kami bernasib baik masih ada bilik kosong di Kg Raja walaupon jam dah menghampiri pukul 10.30 malam. Kami semua kepenatan, sekecil pula dah lama lena. Selepas angkat barang dan mandi ala kadar sebab dah sejuk sangat, kami lena sampai pagi. Mujur la akak ada membeli roti semasa singgah di Stesen Petronas, itulah makan malam kami.
Pagi esoknya, semua malas nak bangun ~ sejuk wehhhh. Memasing menggulung dalam selimut. Akhirnya jam 9.30 pagi baru keluar (terus check out) cari kedai makan dan menyambung perjalanan ke Tanah Rata. Tetapi memandangkan kami keluar lewat, pendakian kami tak sampai ke puncak. Kami hanya sampai ke Taman Rama-rama dan kemudian berpatah balik.
Hajat hati untuk meneroka Tanah Rata terpaksa ditangguhkan. Insya Allah ada rezeki kami akan ke sana lagi.

No comments:
Post a Comment