salam.
Pada Ogos lepas, akak ada buat janji nak stori pasal berkursus di Putrajaya. Alkisahnya, sebagaimana yang dirancang akak telah menghadiri kursus di Putrajaya selama 4 hari. Kami (angkut anak-anak sekali) bertolak pada pagi Ahad dan tiba agak lewat petang di Gombak (rumah adik). Lepak-lepak kat situ kejab (dah lama tak jumpa kan sempat lah bertanya kabar). Plan asalnya anak-anak stay kat Gombak sepanjang akak berkursus dan akak akan berulang-alik je ke Putrajaya. Tapi setelah difikir-fikirkan balik, jalan terbaik adalah stay di Putrajaya, jadi lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya pada jam 7 petang.
Sampai di Putrajaya kami menginap di HomeStay Putra Harmoni yang diurus oleh En Aziz. Selesa dan sesuai dengan akak yang ada anak kecik ni. Time akak pegi kursus, anak-anak abiskan masa kat taman permainan, kedai makan pon dekat.
Tiap hari lepas kursus, baru bawa anak-anak jalan jauh sikit. Disebabkan masih dalam syawal, so sempat juga le ke majlis OPENHouse kat rumah kawan lama di Teras Jernang. Dia masak khas untuk kami iaitu Mee Bandung Muar (pinjam gambar MEE Bandung CookingMoms ~ TQ). Sedapnya dah lama tak makan mee bandung muar hasil air tangan member !!!!
Selain mee bandung, ada koktail, satay, rojak buah dan lelain ... emmm dah tak igat, yang tau semua sedap. Kami makan sambil sembang hal masing-masing dan juga berkongsi cerita pasal kawan-kawan lama yang lain. Ada juga la keluar cerita masa belajar dulu .... ya Allah dah lama betul akak tinggalkan zaman study emm dah tua rupanya tapi dalam hati tetap muda remaja macam kat U.
Empat hari di Putrajaya berlalu sepantas kilat, petang Khamis kami bertolak ke Subang Bestari. Ziarah anak buah di sana, itulah pertama kali menjejakkan kaki ke Subang Bestari selepas meninggalkannya lebih 10 tahun dulu. Dah tak tau mana satu rumah kawan akak yang pernah ziarah dulu. Nak call n pegi jumpa dia pon tak sempat, insya allah kalu ada kelapangan lain kali akan sampai juga.
Semasa di Subang Bestari, kami singgah kat Airport Subang. Banyak dah berubah. Kalu tak silap, selepas KLIA dibuka, akak tak pernah jejakkan kaki lagi ke Subang Airport.
Selepas bermalam di Subang Bestari, kami ke Gombak semula pada petang Jumaat. Nak bermalam di sana pula sebelum bertolak balik ke kampung. Disebabkan adik akak bekerja, jadi terpaksalah kami melepak di Giant Batu Cave sementara menunggu diorang balik.
Tanpa kami sangka, rezeki kami memang murah. Ada OPENHOUSE lagi. Jadi malam tu kami makan kenyang-kenyang dan lepas tu balik tidur. Niat awal nak tengok bunga api sempena 31 Ogos lenyap diulit mimpi !!! Dentuman bunga api sedikit pon tidak mengganggu kelenaan tidur kami (jangan ikut tatabahasa ni).
Tengah hari Sabtu 31 Ogos, kami join rombongan meminang (sepupu akak) yang juga di Gombak. Alhamdulillah setelah acara meminang selesai (dan kekenyangan sekali lagi) kami bertolak ke Cameron Highland.

No comments:
Post a Comment