Tuesday, 14 March 2017

donut Hijau

as-salam.

donut Pandan Gebu Tanpa Uli...
Terlebih rajin hari ini.... Saya suka turunkan ilmu masak pada anak anak saya.... 30 tahun yang lalu saya masih ingat saya berniaga dan membuat kuih basah dan akan menjaja keliling kampung dan kilang.. di Simpang Renggam Johor.....
Asal usul dan sejarah lama tidak akan saya lupakan... Sentiasa saya ingat susah senang saya membesarkan anak2 ,..kekadang sejarah ini akan menitis kan air mata..
Bersama ini saya kongsikan resepi nya. ..
Bahan 1:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam/+air pandan..
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang
Bahan 2
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata,
masukan dlm bekas dan tutup biarkan selama 1 jam,
Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk2 doh tuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut,.
Biarkan Selama lebih kurang 15 minit, lepas tu boleh goreng,
Dan di salut gula.
Sila la share, saya halal kan resipi nya..

FB

No comments:

Post a Comment