salam.
Pada bulan Mac lepas sempat berkunjung ke Istana Jahar (antara entry yang berabuk yang tak dan nak post).
Snap gambar dari beranda tingkat atas Istana Jahar. Nampak pintu gerbang besar ke Kampung Kraftangan di Kota Bharu Kelantan, berhadapan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (salah satu bangunan yang unik di Kelantan).
Info dari Blog Raja Tetap Diraja :

Terdapat gerai menjual survinior di pintu masuk ke Istana Jahar, bolehlah dibeli sebagai kenangan atau ole-ole dari Negeri Cik Siti Wan Kembang .
Belakang gerai jualan ada wakaf tempat rehat, cantik dan unik sekali. Di sebelah wakaf dan belakang istana ada beberapa buah perahu lama yang pernah digunakan oleh pihak istana.
Info dari Blog Raja Tetap Diraja :
Muzium Adat Istiadat Istana Jahar. Muzium Istana ini pada dahulunya dikenali sebagai Istana Jahar. Istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad II, tetapi baginda tidak sempat menduduki Istana ini kerana mangkat dalam tugasnya. Baginda diganti dengan Raja Long Sulong (setelah menaiki takhta bergelar Sultan Ahmad) dan Istana ini siap pada tahun 1887.
Istana ini dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh yang digelar Dato' Kaya Bakti.
Keunikan Istana ini ialah ianya dikelilingi oleh dua buah Istana yang lain iaitu Istana Batu (Muzium Diraja Kelantan) dan Istana Balai Besar di sebelah hilirnya.
(sumber asal : http://syukury.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment