salam.
PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN kembali lagi menjenguk anak-anak Kelantan. Jadi apa lagi wahai anak-anak Kelantan dan bukan warga Kelantan .... anda semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2013 Kali Ke-31 bermula 29 Mei sehingga 1 Jun 2013. Masuk adalah percuma, jom kita beramai-ramai ke Pantai Geting, Tumpat.
Bagi yang tak tau di mana Pantai Geting .... panduannya Pantai Geting terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujoh .... nun di Tumpat sana. Bagi yang balik bercuti (Musim Cuti Sekolah) atau yang menghabiskan cuti-cuti satu malaysia di Negeri Kelantan boleh rancang perjalanan dan percutian agar dapat menggunakan waktu sebaik mungkin. Contohnya merancang untuk tengok wau dan membeli belah. Pantai Geting ni terletak berdekatan dengan Pusat beli belah bebas cukai yang femes iaitu Pangkalan Kubor. Jadi pakat le pegi serbu Pangkalan Kubur dan Pantai Geting.
No comments:
Post a Comment