Sunday, 7 April 2013

PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR

salam.

PAMERAN KHAZANAH PANTAI TIMUR berlangsung pada 16 MAC 2013 sehingga 31 Mei 2013 bertempat di GALERI ATAS MUZIUM ISLAM (Bersebelahan Masjid Muhammadi Kota Bharu). Pameran dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Jumaat.

“Kawasan Pantai Timur Semenanjung sememangnya kaya dengan pelbagai tinggalan khazanah yang menarik lagi unik. Khazanah ini sejak sekian lama menjadi aset kepada perkembangan industri pelancongan negeri khusunya dan Negara amnya.

Dalam pada itu penerokaan serta inisiatif berterusan daripada pelbagai pihak telah menghasilkan lebih banyak khazanah-khazanah baru mula dikenalpasti. Ini menggambarkan betapa Negara ini kaya dengan pelbagai khazanah warisan yang mampu menarik pengunjung luar dan dalam Negara.

Secara dasarnya masyarakat dikawasan ini mempunyai budaya yang cukup menarik yang sukar dilihat di tempat lain. Alam semulajadinya termasuk pantai, pulau, tasik dan hutan belantara sentiasa menggamit pengunjung.

Khazanah Pantai Timur yang julung-julung kali pernah diadakan. Pameran ini menggabungkan warisan-warisan terbaik berbentuk material alam semulajadi (ciptaan Allah SWT) yang terdapat di Terengganu Darul Iman, Kelantan Darul Naim dan Pahang Darul Makmur.

Antara lain khazanah-khazanah yang akan dipaparkan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Khazanah Pra Sejarah dan Sejarah, Budaya dan Kraf, Bangunan dan Monumen, Kapal Karam, Alam Semulajadi, Kitab Lama dan Manuskrip serta beberapa koleksi-koleksi terpilih.”

sumber dari : cutikelantan.com

No comments:

Post a Comment