Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Perbendaharaan Malaysia telah menyediakan sebuah sistem atas talian yang dikenali sebagai Sistem Permohonan Menduduki Bengkel Bimbingan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor atau SBBITPS. Sistem ini dibuka kepada semua calon-calon peperiksaan BITPS yang telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah KOD PEPERIKSAAN AWAM 8001 BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR (BITPS)
3. Sistem ini telah dimuatnaik ke laman sesawang Kementerian Kewangan untuk di capai oleh pemohon. Sila lihat di ruangan pemberitahuan pada laman sesawang tersebut atau terus ke alamat url http://bitps.treasury.gov.my/ untuk mengisi permohonan.
4. Oleh yang demikian, dimohon jasa baik dan perhatian tuan untuk memanjangkan maklumat berhubung dengan sistem ini kepada semua jabatan/pusat tanggungjawab/agensi di bawah seliaan dan kawalan tuan. Perkara tersebut akan membolehkan calon - calon yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan BITPS bagi tahun 2013 berpeluang mengikuti sesi bengkel bimbingan peperiksaan tersebut sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan yang dijadualkan pada 27 Mei 2013. Tempat adalah terhad.
5. Sekadar makluman, tarikh tutup permohonan untuk menduduki peperiksaan awam bagi KOD PEPERIKSAAN 8001A Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor adalah pada 12 April 2013. Pegawai berkelayakan boleh membuat pendaftaran melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam di http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#.
6. Segala jasa baik dan perhatian tuan berhubung dengan perkara di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Mohd. Roszaimy Bin Musa
Penolong Setiausaha
Unit Aset 2
Seksyen Pengurusan Aset
Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Perbendaharaan Malaysia
Tel. No. : 03-8882 3705
Fax. No. : 03-8882 3724
Email : roszaimy.musa@treasury.gov.my

No comments:
Post a Comment