Thursday 4 April 2013

Mencari Ramli Musim Ke 2

salam.
Mencari Ramli Musim Kedua kembali mencari bakat muda remaja lingkungan usia 13 - 16 tahun. Sesi pemilihan & uji bakat di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan 5, 6 & 7 April jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Merupakan sebuah pertandingan berbentuk uji bakat bagi mencari pemain remaja bolasepak handalan dalam lingkungan usia 13 - 16 tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2000 & warganegara Malaysia) bagi merebut gelaran RAMLI sekaligus berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa lawatan ke United Kingdom (London & Manchester United) untuk memgikuti program latihan bolasepak di Manchester United Soccer School selama dua minggu. Pemenang utama bagi Pertandingan ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa tajaan biasiswa selama tiga (3) tahun di Akademi Bolasepak Frenz United (FUFA).

Program ini di anjurkan oleh TELEKOM MALAYSIA ("TM") dengan kerjasama Akademi Bolasepak Frenz United dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bolasepak di Malaysia, ianya dijadualkan berlangsung dari 1hb. Februari hingga 27hb. Mei 2013.

>> pertandingan ini akan dijalankan di dalam tiga peringkat: pemilihan, saringan dan pertandingan akhir.
>> peringkat pemilihan akan di jalankan selama tiga (3) hari di dua belas (12) lokasi di serata Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.
>> tiga puluh (30) peserta yang terpilih semasa peringkat pemilihan, dikehendaki untuk menghadiri latihan
bagi pemilihan peringkat saringan pada tarikh dan lokasi yang akan diberitahu oleh TM.
>> daripada tiga puluh (30) peserta, hanya tiga (3) peserta yang paling berbakat akan layak untuk ke
peringkat akhir.
>> borang ujibakat "Mencari Ramli" ini boleh didapati di laman sesawang
http://frenzunited.com.my/mencariramli.pdf, setiap borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah
disertakan dengan tandatangan kebenaran ibubapa/penjaga yang sah.


Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan ** 5, 6 & 7 April
Padang Sri Gelam, Johor ** 13, 14 & 15 April
Stadium Mini Kajang, Selangor ** 20, 21 & 22 April
Stadium UniSabah ** 27, 28 & 29 April
Sarawak ** 4, 5 & 6 Mei

sumber dari : gsn.fm

No comments:

Post a Comment