Thursday 13 December 2012

Moktan Chekbong

salam.



Gambar tanpa cerita .... nnt akan diupdate hehehe x dan lagi nih, banyak benda tengah Q. huhuhu.

16/12/2012 :
Cuba gagahkan diri update entry pasal rambutan chekbong ni.  Sekarang payah dah nok jupe moktan jenis ni, ada sepokok depan umah tok abah, sedap .... isinya rangup.  Sekarang sedang elok masaknya, cantik kan !!!

Rabu lepas singgah umah tok bah, sesambil sembang dengan famili apa lagi, kait rambutan dan makan sesama.
cer tengok gamba sebelah ni, ada pelbagai color buah rambutan yang sedang masak, merah, oren, hijau kekuningan, merah kehijauan.  Kami suka yang baru masak, rangup dan kurang manis, kalu dah masak ranum, manis - tu yang tak berapa suka walaupun still rangup.

Tahun ni pokok rambutan tak berbuah lebat sangat, cukup-cukup boleh makan anak beranak setakat yang ada kat kampung heheheh berapa orang je yang ada kat kampung .... kami bertujuh je termasuk 2 si cilik ;)


Setiap tangkai buahnya ada beberapa biji je, tak bergugus, so jenuh juga mengait bila buahnya agak bertaburan di atas pokok (betul ke ayat aku nih).

Dah kenyang dan masih ada berbaki, apa lagi angkut sikit bawa balik rumah.

No comments:

Post a Comment