Monday 10 December 2012

Krup Crap Crup Krap

salam.

Dah petang-petang gini, apa lagi mengunyah kropok.  hari ni yang ada kropok segera .... ya magri pakat make ramai-ramai.  Kalu ado air kopi o panas-panas ni sodap gak kan.  emmm dah tak rajin nak turun ke kantin mencari kopi o panas.

Keropok sekarang dah ada dalam pelbagai jenis, keropok segera adalah salah satu yang femes n paling mudah dimakan dan tahan lama.  Ada dua jenis iaitu yang biasa atau yang pedas, dua-dua sedap.  Potongannya pula, ada yang dipotong bulat-bulat dan ada juga dipotong dalam bentuk jejari (kecik memanjang) - jenis ni jarang ditemui di pasaran.

Keropok keping, nak kena goreng dulu, baru boleh ngap, time rajin goreng banyak-banyak simpan dalam bekas kedap udara, krup krap krup krap, tau-tau abis 1 tin.  Kalu dah goreng keropok ni tak leh simpan lama sangat, ia akan berbau tengik dan lemau.  Paling BEST makan sure lah time lepas goreng.

Yang digentel-gentel dan direbus dipanggil keropok getel atau keropok losong (keropok losong ni ikut nama tempat di Terengganu - KG LOSONG).  Di Terengganu juga ada tempat lain yang femes cam keropok Seberang Takir (ni juga nama tempat).  Keropok ni boleh dimakan lepas rebus.  Nak sedap lagi lepas dah rebus dan disejukkan, digoreng serta dicicah dengan colek (penyicah khas bagi keropok).  Yang ni bila makan tak de bunyi krup krap krup krap. 

No comments:

Post a Comment