Sunday 16 December 2012

Raja Buah

salam.

Khamis 13 Dis 2012, kami menjamu selera di opis.  Makan pulut durian.  Meh kite layan gambar-gambar bekwoh pulut durian.

Masak pulut : Pulut ni masak macam biasa je, tak kukus pon.  Kalu nak lagi sedap, kukus 2 kali.  Basuh pulut bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.  Tambah air (lebihkan sedikit dari paras beras pulut - lebih kurang 2 cm).  Masak atas api perlahan.  Tutup periuk bila air dah kering.

Cara-cara mengukus ( 2 kali ) pulut :
1.  Panaskan air dalam pengukus.
2.  Basuh pulut bersih-bersih dan masukkan dalam pengukus.
3.  Kukus hingga keluar wap.
4.  Angkat dan kelaurkan pulut ke dalam bekas lain.
5.  masukkan 1 gelas air dalam pulut dan gaul rata.
6.  Masukkan dalam pengukus semula.
7.  Kukus hingga naik wap sekali lagi.
8.  Boleh hidang untuk makan.

Penyediaan Durian :

Kopek durian dan masukkan dalam dalam bekas.

Penyediaan santan :
1.  Santan pekat (RM 2.00) + 1 liter air.  (Kalu masih pekat tambahkan air lagi).
2.  Masukkan garam secukup rasa.

Penyediaan gula melaka / gula :

1.  Kalu nak makan gula, senduk kan je gula ke dalam bekas hidangan.
2. Kalu nak makan dengan gula melaka, hiris nipis-nipis / halus-halus gula melaka.
3.  Gula melaka tu (kami guna nise) agak2 dalam dua ketul cukup la kot HEHEHEH.

Semua set hidangan dah ready, jom makan pulut durian :

1.  Sendukkan santan ke dalam bekas polistrin / mangkuk / pinggan.
2.  Tambahkan pulut ikut selera.
3.  Masukkan durian sebanyak mana yang suka.
4.  Masukkan gula / gula melaka sesedap rase.

Dah ready semua dalam mangkuk...apa lagi makan le reramai.

Tengok gambar kat sebelah ni sure meleleh ayaq liuq kan.

Kebetulan pada hari tersebut juga hari jadi salah sorang staff, so kami buat acara potong kek lepas acara potong durian.  TERBAIK.
KEK vs Durian --->>> tak berapa nak ngammm
Happy Bday. Moga sentiasa dalam rahmat allah dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment