Sunday 16 December 2012

Macaroni Sup Kicap

salam.

Minggu lepas, dalam proses menghabiskan stok-stok dalam peti ais dan gerobok makanan.  So terhasillah sup daging kicap + macoroni.

Bahan-bahan :
2 ketul daging (lebih kurang 200gm)
1 mangkuk Macoroni (lebih kurang 250gm)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 Senduk Kicap (secukup rasa)
1/2 Senduk Sos Tomato (secukup rasa)
1/2 Sudu Teh Garam
2 1/5 liter air
1 sudu teh minyak masak/zaitun
Cara-cara memasak :
1.  Potong Daging bersaiz besar, bersihkan dan toskan airnya.
2.  Potong kecil-kecil daging yang telah dibersihkan (selepas dah potong kecil tak perlu dicuci sekali lagi, ini bagi memastikan rasa manis daging, Petua ni diturunkan oleh arwah mak bagi apa-apa masakan menggunakan daging).
3.  2 Ulas bawang putih dan lada hitam ditumbuk halus. (Kalu nak pedas, boleh tambah lada hitam)
4.  Gaulkan daging yang telah dipotong kecil dengan bawang dan lada hitam yang telah ditumbuk, perapkan sekejab.
5.  Bersihkan Macaroni dan toskan.
6.  Masukkan 1 1/2 liter air dalam periuk, biarkan mendidih.
7.  Masukkan minyak masak/zaitun.
8.  Masukkan macaroni, biarkan hingga kembang/masak.
9.  Angkat dan toskan macaroni.
10.  Masukkan daging dalam periuk yang sama, tambahkan air kalu kurang.
11.  Masukkan kicap dan sos tomato ke dalam periuk.  Biarkan hingga daging empuk.
12.  Bila daging dah lembut / empuk, masukkan garam.
13.  Rasa ikut rasa sedap selera sendiri.  Kalu terkurang sila lah tambah apa-apa yang patut, kalu terlebih masin tambah air, terlebih masam tambah gula.

14. Masukkan macoroni sekejab.
15.  Hidangkan panas-panas.
16.  Bolehlah tambah perahan limau nipis kalu suka.
17.  Kalu dpat cili jeruk pon sedap juga.
18.  Sori le, bila dah masak lupo plop nok snap gambar, tau-tau abis seperiuk. HHEHEHE.

No comments:

Post a Comment