Sunday 9 December 2012

Mengejar entry blog

Salam.

Alamak baru perasan, entry bagi dis 2012 baru 2 keping je!!! Camna nak capai target nih....hari ni dah 9 Dis 2012.  Mana nak corek sekurang-kurangnya 7 entry lagi.  Lahai camne nih.  tu le diikutkan sangat rase hati tu.  Nak kena wat entry marathon la nih.  Mana la nak dapatkan idea-idea nak mangarang kat sini.   Nak cari / curi masa menaip/mengarang plak satu hal lain.  Adusssss keje-keje opis plak melambak-lambak dan betimbum rimbun.
gambo dari kelantan4me.com
Pagi tadi lepas perhimpunan bulanan jabatan, selesaikan semakan manual pengguna (minggu depan kursus).  Print bahan-bahan berkaitan.  Habiskan SKT, next 2 week pula dah nak buat perancangan tahun 2013.  duhai ngerinya dengan task-task keje.  Klik sana klik sini, tengok-tengok dah 12.30 tengah hari, sekojab je masa berlalu pergi.
Dalam duk busy-busy dengan kerje n anak2 sempat juga tengok Terlanjur Cinta hehehe akibat tengok citer ni terMISS plak MIMPI CINDERELLA.  Best juga slot kat TV3 nih, kalakar jer citernya, rase santai dihati hehehe.  Penghibur sementara terlena.

Petang semalam bawa anak-anak bermain di Pantai Sri Tujoh, Tumpat.  Dah lama tak ke sana, sian plak anak-anak nak mandi tapi tak sempat sebab dah lewat petang, tau-tau dah azan maghrib, bergegas bawa anak-anak balik.  35 minit gak le baru sampai kat rumah.   Tak pe la ya anak-anak, lain kali kalu ada rezeki kite pegi lagi, insya allah.

Last pegi ke pantai sri tujoh, tahun lepas masa pesta wau.  sampai sana wau baru nak naik, kira sedang elok la.  Angin pon tak berapa nak kencang so sekejab je wau-wau berada tinggi di udara.  Time pesta wau begini kite boleh tengok pelbagai bentuk wau dilayangkan.  Ada snap sekeping dua gambo wau tapi dah lupo simpan kat mana.  Tahun ni tak sempat join masa pesta wau 2012, insya allah tahun depan kalu ada kelapangan dan anak-anak sihat boleh le tengok pesta wau negeri kelantan
ehhh melencung ke lain plak, camne nak kejar entry-entry blog no weeeehhhhhh, tolong le bagi idea.  Tak tercapai sasaran kerja tahunan berblog nih.  Ada lagi sebenarnya gambo-gambo dan berita / cerita nak share tapi ...... ishhh banyak benor tapi nya.   Choowwwww nak intai keje kejab -- tu le mencuri time keje.

No comments:

Post a Comment