Monday 24 December 2012

Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012

salam.

Hari ni 24 Dis 2012 bermulanya Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.  Dewan Jubli Perak terletak bersebelahan dengan Bazar Tok Guru.  So lepas ronda-ronda tengok pameran bulih le membeli belah di Bazar Tok Guru.

Jom pakat gi ramai-ramai memeriahkan Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2012 yang berlangsung selama tiga hari (24-26 Dis 2012) bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.  Dah pasang niat nak menjengah ke sana, harap ada lah peluang dan rezeki tahun ni.

Ada bermacam aktiviti menarik kat sana,  MASUK pula PERCUMA je!

Link ke FACEBOOK : http://www.facebook.com/KelantanGov

Malam ni (24 Dis 2012) pula ada program cinta rasul :

Malam Cinta Rasul Sempena Karnival Sains dan Teknologi Maklumat 1434H/2012M | 24 Disember 2012 jam 9.00 malam di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu




Bagi peminat dikir barat pula, ada Pertandingan Dikir Barat 25 Disember 2012 di Dewan Juabli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu.

 



Istimewa buat adik pula Pertandingan Mewarna pada 25 Disember 2012 (selasa) bertempat di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI :

Kategori A : Jam 3.00 petang - Peserta berumur 5-8 tahun
Kategori B : Jam 3.00 petang - Peserta berumur 9-12 tahun.


Seminar Perniagaan Online bersama Dr. Irfan Khairi pula telah bermula pagi tadi (24 Disember 2012 jam 8.30 pagi) di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Kelantan, Kota Bharu... masuk adalah PERCUMA.

Semua maklumat dan gambar diperolehi dari FACEBOOK sebagaimana alamat di atas.




No comments:

Post a Comment