Sunday 16 December 2012

Bila Pantai Disirami Cahaya Bulan

Salam.

Dalam musim hujan ni sempat juga berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu.
Sepanjang perjalanan ke PCB, hujan turun mencurah-curah.  Kadang agak lebat, pastu renyai-renyai (dah namanya bulan disember - musim tengkujoh).  Pastu berenti kejab-kejab, then ujan balik.

Sesampai saje, jalan menuju di hadapan gerai-gerai makan dah ditenggelami air.  Kena drive ikut laluan  pejalan kaki.  Walau pon hujan dah berenti, langit masih mendung.  Petanda ujan akan turun any time je.  So kena le standy tuk berlari HEHEHEHE.
Bila menjenguk ke laut, ombak RINDU mengalun tinggi.  emmm memang tak berani nak pi dekat dengan gigi air, sure basah.  Ombak menerjah bukan kira masa.  Yang paling takut, kalau-kalau ditarik ombak !!!

Ombak Laut China Selatan sememangnya mengganas di penghujung tahun.  Teringat plak lagu dulu-dulu (Zubir Ali kalu tak silap), lagu yang penuh puitis.

Angin bertiup kencang ke arah pantai.  Pokok-pokok kelapa melambai-lambai mengamit pengunjung.  Dalam cuaca begini boleh tahan juga pengunjung datang menjenguk pantai yang terkenal di Kelantan.

Kebanyakkan pengunjung datang snap gambar sekeping dua dan berlalu, mungkin sebagai tanda telah sampai ke PCB.  Ada juga yang singgah makan dan minum.  Gerai-gerai masih banyak yang beroperasi.
Kami pon apa lagi. snap le kat mana yang sempat sebelum hujan turun.

Sedang leka posing, hujan mencurah kembali,  masing-masing berlari ke tempat teduh atau ke kereta dan pulang ke rumah atau meneruskan perjalanan masing-masing.

No comments:

Post a Comment