Sunday 18 November 2012

Back After Long Public Holidays

Salam.

Akhirnya tuan punya blog muncul kembali.  Program GM1M sudah selasai pada petang Khamis, terus balik umah sebab dah penat sangat, tak sanggup nak panjat tangga opis lagi.

Sepanjang seminggu bercuti beberapa projek yg dihajati juga telah dapat dilaksanakan. Antaranya DLL - 2 tin sekali gus. dah pekena milo n kopi DLL, puding ceremel DLL dan lelain lagi. Nak upload gambo ari ni tapi terlupa plak kable nya kat mana :(  Pada tengah hari Sabtu 10 Nov 12, sempat buatkan puding caremel tanpa telor buat menyambut famili yang baru sampai kampung.

pelamin yang simple tapi comel
Majlis kenduri dah lesai, alhamdulillah. semua berjalan lancar.  Nikah sudah, sanding sudah, bertandang pon sudah. Hari ni semua dah pulang semula ke Penang dan KL sebab masing2 dah mula keje.

Pepagi tadi siap satu dua keje2 urgent yg terbengkalai sejak seminggu lepas.  Surat edaran siap, minit mesyuarat juga dah diedit dan dihantar untuk semakan kedua.

Bekfes pagi tadi plak nasi belauk sebungkus - lauk ayam goreng.  Pastu bos bawa pulut kuning n rendang sempena majlis berkhatan anaknya, apa lagi telan jerk.  Menu tengah ari pi pekena pengat pisang vs teh o beng laici (teh o ais laici) ++ plak dengan colek malas (cam cucuq udang).

Sesambil tu sempat adjust gambo masa majlis perkahwinan adik ... tempekkan kat sini gambo pelamin nyer - ni pelamin belah pempuan.

No comments:

Post a Comment