Thursday 22 November 2012

Dan Akad Terlafaz

Salam.

Majlis perkahwinan yang bermula dari majlis pernikahan, diikuti dengan persandingan dan seterusnya menyambut mempelai telah dirancang dengan rapi dan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.  Sekarang terpulang kepada yang empunya diri dalam melayari hidup berumah tanggan.
 
Namun begitu dalam semua aturcara, acara atau majlis yang wajib adalah majlis pernikahan yang di dalamnya terkandung upacara akad nikah.

Pengantin tentu terase resah selagi akad nikah tidak terucap.  Sewaktu pak imam sampai dan berbual seketika sambil memberi nasihat, kami yang memerhati juga berdebar.

Terdengar pak imam mengajar cara-cara menjawab akad ....... dan selepas itu satu persatu akad dilafazkan  heheheh actually 2 kali lafaz baru sah.  Semasa akad yang pertama tu agak terputus-putus skit, jadi pak imam ulang lagi sekali dan dijawab dengan lancar ... Alhamdulillah. Sahlah tunangan tersayang menjadi isteri dengan disaksikan seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Restu kami sekeluarga sentiasa mengiringi kalian berdua.
Mas kawen diberi dalam bentuk MAS DINAR KELANTAN, inilah yang paling istimewa disertakan juga sebentuk cincin.  Ringkas tapi penuh berkat.

No comments:

Post a Comment