Thursday 1 November 2012

Salam 1 November 2012

Salam.

Semalam banyak sangat tugas2 nak kena settle, so x sempat nak update blog. pepagi ni luang skit masa sesambil bekfest.

November dah muncul - maknanya dah ujung taun 2012, terase baru beberapa minggu lepas melalui tahun baru 2012 yg penuh debaran n getir.  Banyak juga dugaan yang kami tempuhi sejak dari awal tahun hingga sekarang.  Yang pasti hidup ni tak pernah lepas dari dugaan Allah, kite hambanya yang lemah n pasrah, redha dan sabar hadapi setiap ujian dan liku. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dugaan yg Allah berikan, yang menjadikan kami lebih kuat, matang dan tabah mengharungi sebuah perjalanan kehidupan sebagai hambaNya.

Menyingkap sebentar dugaan sepanjang 2010, bermula dengan alahan kerana mengandung, lepas tu diikuti dengan kesihatan bonda tersayang yang mula menurun.  Hari-hari berlalu, sakit bonda makin tenat dan ulang alik masuk wad.  Aku mengusung perut dengan bergilir-gilir menjaga bonda hingga aku bersalin pada Okt 2010, bonda pula pergi meninggalkan kami pada Disember 2010.  Semoga arwah bonda sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat ALLAH.

lepas bedah/operation membuang hempedu


Kami memulakan 2011 dengan hati yg sangat pilu, kenangan bersama arwah bonda teramat mengamit memori.  Kepedihan dan kerinduan pada bonda sedikit sebanyak terubat dengan keletah anak2 yg kian membesar, dari merangkak sampai pandai berjalan, hilai tawanya membuahkan senyum dibibir kami.  Pertunangan adik perempuan yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin juga mengubat kedukaan.  Abah juga bertemu teman yg baru yang juga menyatukan keduanya pada masa yang sama dengan adik.  Hujung tahun 2011 meyaksikan pertunangan adik lelaki pula.  Bila muncul Disember, dugaan besar melanda lagi bila aku dimasukkan ke wad kerana adanya batu dalam hempedu.



batu karang yang dikeluarkan dari pundi hempedu sebesar lada hitam


Januari 2012 muncul dengan kelahiran anak lelaki, sekaligus melenyapkan sekejab keperitan hati.  Namun kesakitan kerana wujudnya batu dalam hemdepu sering datang berulang kali yang akhirnya membawa kepada pembedahan pada September lepas.  Hari ni November muncul sekali lagi, akan menyaksikan persandingan adik lelaki yang bertunang pada tahun lepas.  Ya Allah kami mohon bantuanMU agar majlis kami berjalan dengan lancar dan dapat menyatukan dua insan yang saling menyayangi. Juga menjalin sebuah silatulrahim antara 2 buah keluarga yang besar, sahabat handai, sedara mara dan jiran tetangga.  Amin.

 Kami sentiasa berharap pada RedhaMU ya ALLAH.  Tempatkan lah kami dikalangan orang2 beriman.
Tetapkanlah hati2 kami di dalam ISLAM.


No comments:

Post a Comment