Monday 19 November 2012

My Dulce Le Leche

Salam.

Inilah entry yang ditunggu-tunggu, entry pasal Dulce Le Leche.  Meh kite renung-renungkan gambo-gambo Dulce Le Leche yang mabeles nih.  Hasil setelah memasak selama 3 jam, 2 tin susu pekat sekaligus !!!

Cara-cara nak buat refer entry sebelum ni ya.  Sebagai ringkasannya, buang pembalut susu pekat manis, masukkan dalam rice cooker, isi penuh air dalam rice cooker dan on kan rice cooker. Tunggu selama 3 jam, biarkan sejuk sebelum dibuka ... tadaaaa ... pekat berkilat gitew !!!

Semasa memasak tu jangan lupa check paras air, pastikan paras air lebih tinggi dari tin, maksudnya tin susu hendaklah sentiasa tenggelam.  Bagi yang ni, kami tambah air selepas 1 jam setengah (1 1/2 jam) memasak iaitu sekali saja tambah air penuh-penuh. 

Selepas 3 jam, (kami masak dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam) off kan rice cooker.  Kami biarkan je tin susu dalam rice cooker semalaman.

Pepagi esoknya baru kami buka dan tengok hasilnya, airnya masih suam-suam kuku.
 
Bukan apa kami biarkan semalaman heheheh sebab dah malam,  kami dah ngantuk n anak-anak plak meragam nak dodoikan.

Agaknya bila dibiarkan semalaman dan bertutup, proses memanas masih berlaku, so hasilnya memang menakjubkan !!!!  Korang yang belum pernah cuba, boleh la cuba buat, tak susah pun.  Just masuk dalam periuk dan panaskan secara perlahan, bukan nak kena tunggu n kacau2 pon.


Dah dapat hasil seperti yang diidam-idamkan apa lagi terus sapu pada biskut buat sarapan pagi dengan anak-anak.  Fuhhh sedap.

Tah berapa keping biskut abis ... ngap-ngap memasing melayan rasa, tau-tau kenyang !!!
Yang ni plak kami sapu atas puding caremel tanpa telur yang belum berkaremel hehehe ... dah jadi puding caremel DLL tanpa telur !!!

Rasa pekat manis dan lemak-lemak puding mengadun bersama bila ditelan .... tengah menaip ni pon masih boleh rase keenakannya.
Dah makan, sure le dahagakan.   Jadi kami buatkan milo DLL.  Disebabkan sayang lebihan DLL dalam tin yang telah dituang ke bekas lain, kami bancuh milo dalam tin susu pekat manis.  Teringat zaman kanak-kanak dulu bila nak bungkus minuman dari kedai kopi, diorang masukkan dalam tin susu pekat manis dan bawa balik umah.

Last sekali, selamat mencuba dan merase. Kami dah try juga dengan kopi dan nescafe, semua sedap, Terbaik punya !!!

No comments:

Post a Comment