Monday 5 November 2012

Cuti Marathon

Salam.

Yeehahaha. Minggu depan cuti !!! Tajuk direka sebagai cuti marathon kerana cuti umum yang panjang berderet terutama bagi kami yang menetap di Kelantan.  Sebelum ni Kelantan telah dikurniakan cuti Bola Sepak, minggu depan sekali lagi kami akan BERAYA CUTI.

Bab 1
Bermula pada Jumaat 9 Nov dan Sabtu 10 Nov (cuti hujung minggu) dan juga bermulanya cuti sekolah akhir tahun 2012. Excited macam le kami yang cuti sekolah, suka time cuti sekolah sbb jalan p keje pepagi tak jam.  Yang tak bestnya time balik keje, jalan akan sesak, agaknya ramai yang kuar shoping n sesama nak balik time kami balik keje.

Bab 2
Pastu Ahad 11 Nov dan Isnin 12 Nov merupakan cuti sempena Keputeraan Sultan Muhammad Ke V.  Daulat Tuanku.  Patik sekalian rakyat jelata mengharapkan Tuanku agar terus memerintah Negeri Kelantan dengan berpegang teguh pada ajaran ISLAM mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Merujuk kepada surat yang bertarikh 23 Oktober 2012, dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Agung perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 43 Tahun 2012 yang bersidang pada 09 Ogos 2012 telah bersetuju bahawa Tema dan Cogan Kata Perayaan Ulang Tahun Hari Perayaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang ke 43, Tahun 2012 adalah sebagaimana berikut:-
TEMA PERAYAAN:
“ISLAM DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT”
COGAN KATA:
“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

Jadi mulai 1 November 2012, smua surat menyurat rasmi mesti meletakkan TEMA perayaan tersebut. 

Bab 3


Selasa 13 Nov plak cuti Hari Deepavali, selamat beraya depa2 semua ;)  Sedap kalu dapat makan maruku bersama2 roti canai telor cicah sambal + kuah kacang dal _ kuah kari ..... fuhhhh ekkrrrkk ada kaitan ke roto canai dengan Deepavali.

Bab 4
Rabu 14 Nov takat ni kami cuti sendiri le, amik anual leave, banyak lagi cuti yang tak amik, kalu boleh amik cuti panjang mmg kami nak amik tapi koje banyak heheheheh susah le nak cuti lelama. :(
Sebenarnya dah lama tak cuti panjang tuk pergi bercuti a.k.a berjalan2 nengok tempat orang di luar negeri Kelantan.  Last ke Putrajaya pon bulan Jun tahun lepas (2011) kalu tak silap, itu pon sekali saja.  Oppppsss lupa, beberapa bulan lepas (Jun jugak x silap), pegi ke Kuala Terengganu 2 malam 3 hari. Tapi tu dua2 atas urusan kerja.  Tak sempat nak berjalan ke mana2 pon, program penuh.

Bab 5
Khamis 15 Nov plak cuti Awal Muharram, selamat Maal Hijrah 1434 moga tahun 1434H kite lebih diberkati dan dirahmati Allah.

Bab 6
Jumaat & Sabtu - 16-17 Nov emmm pagi lagi cuti ujung minggu.

Bab 7
So mmg panjang cuti free heheheheh n aktiviti kami dah penuh dengan kenduri, selamat pengantin baru chik n min, moga berbahgia hingga ke akhir hayat dan di anugerahi anak cucu cicit yang rmai

No comments:

Post a Comment