pinjam gambar dari blog www.sugarsiti.com |
Bila cuti je, blog pon cuti sama heheheh biasa la kan, famili FIRST !!! Program masak-masak hujung minggu emmm aku berjaya buat kerabu bacang (cam hebat la sangat - takat kerabu bacang pon kecoh). Kerabu bacang ikut resipi yang disharekan sebelum ni memang sedap, terima kasih banyak-banyak tuan punya resipi. Harap halalkan ilmu masakan dan dengan itu juga moga Allah memberi keberkatan dunia akhirat. Gambar lupa nak snap, tau-tau abis !!
Masakan kedua yang dicuba ialah ayam panggang ... not 100% ikut resipi asal tapi ikut resipi apa yang ada kat dapur hehehehe yang pasti ayam panggang licin juga tanpa bukti bergambar ;-)
Jumaat lepas sempat juga masak sotong masak hitam ala kelantan, dah lama tak masak sedap juga. Famili tak boleh makan seafood, ada pelbagai alahan, jadi memang dah lama tak masak sotong. Lebihan sotong aku cuba pula masak ketupat sotong. Tak sangka menjadi dan sedap. Memang tak sesia cuba resipi ketupat sotong. Aku sempat snap gambar ketupat sotong tapi masa nak copy ke PC aku terdelete hehehe haru gak le. Nak snap yang lain ketupat sotong dah masuk dalam perut. Maaf la ye.
Pagi sabtu lepas sempat juga bawa anak-anak riadah di Tasik Danau Tok Uban. Ada 2 kumpulan atau program kat sana, so suasana meriah la sikit dari biasa. Kumpulan pertama adalah kumpulan Kelab Pemilik Myvi Negeri Kelantan atau KMC (Kelantan Myvi Club). Kumpulan kedua pula buat program memukat ikan. Wah sedapnya makan ikan segar hasil tangkapan sendiri. emmmm aku telan air je lah.
No comments:
Post a Comment